Isnin, 3 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU MISIHI 2011.

Tahun baru ini adalah tahun kemerdekaan bagi aku kerana anakku telah tamat persekolahannya. Bersama itu juga maka dengan usia anakku telah mencecah ke umur 18th. Selepas SPM ada 6 bulan dia free , sempena harijadinya pada 2hb Januari 2011 yang lalu aku dan isteriku sepakat untuk menghadiahkan dia satu tugas dan tangungjawab iaitu aku wujudkan satu kedai atas namanya DIRAS ENTERPRISE mengikut minatnya jualan apa yang ia minati.
Satu keputusan telah diambil olehnya iaitu perniagaan menjual perhiasan wanita seperti bag tangan dan kelengkapan lainnya. Maka bermulalah era perniagaan tersebut di permis MDYP Jalan Salim Parit Yaani Yong Peng Johor . Mula operasi pada 1hb Jan 2011. Masa meniaga permulaanya jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 ptg. Rehat hingga jam 3.30 ptg buka semula dan tutup jam 6.30 ptg. Waktu malam kami buka jam 8.30 malam hingga jam 10.00 malam.
Harapanku pada Allah subhanawatallah akan berhasil dari usaha kami rezeki yang halal , di permudahkan jualannya dan tidak menindas pelangganku tidak kira apa setatusnya dan agamanya. Berniaga kerana dan niat semata-mata demi allah yang esa. Amin.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan